Saya telah membentangkan mengenai sumber pengajaran dari internet untuk pendidikan khas iaitu khusus kepada penyakit autisme.

Serba sedikit mengenai autisme, autisme merupakan kecacatan tegal yang melibatkan gungsi otak. Kajian dari Persatuan Autisme Amerika Syarikat menyatakan bahawa autisme adalah ketidakupayaan yang rencam yang pada kebiasaannya kelihatan pada masa kanak-kanak itu belum meningkat umur 3 tahun. Keadaan ini adalah kesan daripada kecelaruan neurologikal yang mengganggu fungsi otak. Autisme & tingkah laku yang berkaitan dengannya dianggarkan terdapat dalam 1 daripada 500 individu. Kekerapan kanak-kanak lelaki mengalami autisme adalah 4 kali ganda daripada kanak-kanak perempuan.
Terdapat beberapa ciri-ciri autisme yang boleh kita kenal pasti
- Perkembangan bahasa lambat atau tiada langsung
- Kelihatan seperti bermasalah pendengaran & tidak mengendahkan apa yang dikatakan oleh orang lain
- jarang menggunakan bahasa
- Sukar diajak bercakap
- Dari segi interaksi sosial
- Suka bersendirian
- Sentiasa mengelak daripada memandang orang lain
- Tidak gemar bermain dengan rakan
- Suka menjauhkan diri
- Sensitif pada sentuhan
- Tidak suka dipegang atau dipeluk
- Sensitif dengan bunyi yang kuat
- Kurang sensitif pada rasa sakit
Berikut merupakan sumber pengajaran mengenai autisme yang boleh digunakan oleh guru, kanak-kanak & ibu bapa:
Dengan menggunakan sumber-sumber dari web ini,
- Ia dapat menarik minat kanak-kanak autisme dalam pembelajaran
- Membantu kanak-kanak tersebut dalam pelbagai aspek perkembagan meliputi aspek fizikal, emosi, sosial, kognitif & bahasa
- Membantu guru mendapatkan sumber pengajaran
- Menjadikan proses pengajaran & pembelajaran lebih interaktif
- Membuatkan alat bantu mengajar lebih menarik & kreatif
Selain daripada itu, pelbagai input atau maklumat baru yang telah saya perolehi hasil daripada pembentangan dari rakan-rakan saya yang membentangkan pelbagai tajuk antaranya mengenai sumber pengajaran dari internet untuk pendidikan khas bagi penyakit dikslesia dan "cerebral palsy, serta sumber pengajaran dari internet untuk pendidikan awal kanak-kanak meliputi pelbagai subjek seperti Matematik & Sains.